Thursday, October 25, 2012

Resepi Kek Karamel Pelangi Senja (Versi Bahasa Melayu)


Mungkin ada diantara anda pernah melihat posting saya mengenai Kek  Karamel Pelangi Senja. Tetapi ia disampaikan dalam Bahasa Inggeris. Memandangkan ia merupakan salah satu post paling popular dalam blog ini, maka saya dengan berbesar hati akan memabantu menterjemahkan resipi tersebut ke Bahasa Melayu. Diharap ia akan membawa manfaat untuk semua pembaca blog saya yang dihormati dan dikasihi. Selamat mencuba.


Kek Karamel Pelangi:


Untuk Karamel:


2 sudu besar gula pasir putih

70g gula caster/castor
125g susu sejat/susu segar
3 biji kuning telur (saiz besar)
1/2 sudu kecil esen vanila

Untuk Kek:


140g tepung gandum

1 sudu teh serbuk penaik 
70g gula caster/castor
3 biji kuning telur (saiz besar)
135ml air
45ml minyak jagung/minyak sayuran
6 biji putih telur (untuk membuat meringue)
70g caster sugar (untuk membuat meringue)
1 sudu teh krim tartar (for meringue)
Pewarnan Ungu, Oren dan Hijau (ikut kegemaran masing2)


Cara-cara:


Panaskan oven pada suhu 350 darjah Fahrenheit (175 darjah Celcius) dan pilih rak tengah.


Cara membuat Karamel: 


Ambil loyang kek 9 inci, masukkan gula pasir dan panaskan diatas dapur menggunakan api kecil sehingga gula cair dan bertukar menjadi warna coklat cair. Jangan terlalu lama nanti hangus. Goyang-goyangkan loyang supaya gula cair tadi memenuhi bahagian bawah loyang tersebut. Biarkan seketika pada suhu bilik.

Dalam mangkuk adunan, pukul susu sejat/susu segar dan gula caster sehingga sebati. Dalam mangkuk adunan yang lain campurkan kuning telur bersama esen vanila dan pukul seketika. Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan tapis masuk kedalam loyang berisi gula cair yang telah keras tadi.

Cara membuat kek:

Pukul kuning telur, minyak dan air sehingga sebati. Tambah gula dan pukul sehingga ringan dan gebu.

Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik dan asingkan.

Dengan kelajuan perlahan, tambah adunan tepung tadi kedalam adunan telur,minyak dan air tadi sedikit demi sedikit. Kikis tepi mangkuk adunan untuk elak tepung tidak sebati.

Pukul putih telur hingga gebu menggunakan pengadun elektrik. Tambah gula, krim tartar dan pukul sehingga adunan bertanduk (bila anda terbalikkan mangkuk adunan tak jatuh). Adunan ini dinamakan meringue.

Tambah 1/3 daripada adunan meringue tadi ke dalam adunan yang pertama tadi hingga sebati. Tambah selebihnya adunan meringue dan sebatikan.

Adunan tadi dibahagi kepada 3 bahagian, satu adunan warnakan ungu, satu warnakan oren dan selebihnya warna hijau. Ambil 3 sudu besar adunan ungu dan letakkan diatas adunan karamel tadi (jangan risau ia takkan bercampur kerana ia lebih ringan),sudukan pula adunan hijau dan diikuti adunan oren. Ulang semua langkah-langkah tadi sehingga adunan habis. Ambil satu lidi satay, lorekkan adunan berwarna tadi bermula dari tengah-tengah loyan ke bahagian tepi (hati2 supaya jangan sampai kedasar). Buat seperti simbol tambah. Biarkan seketika.


Ambil loyang 10 inci dan tuangkan air panas sehingga separuh daripada loyang. Masukkan loyang 9 inci tadi kedalam loyang 10 inci. Masukkan kedua-dua loyang ke dalam ketuhar dan kurangkan suhu ke 165 darjah Celcius dan masak untuk sejam.


Setelah lengkap sejam, keluarkan kek dari ketuhar dan biarkan sejuk. Terbalikkan kek keatas pinggan.

Kek ini lebih enak jika dihidang selepas disejukkan seketika. 
Perhatian: Jangan kikis tepi loyang menggunakan pisau kerana akan merosakkan tekstur karamel anda. 

0 comments:

Post a Comment