Friday, December 13, 2013

Apa itu Kuih Keria? (Traditional Malaysian Doughnut)



Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:  kuih yg dibuat drpd keledek yg dilumatkan dan dicampur tepung gandum (kemudiannya digoreng dan disira dgn gula).


Kuih ini boleh diperbuat daripada keledek atau kentang. Ianya sesuai disajikan sebagai makanan ringan atau snek pada waktu pagi atau petang. Enak jika dimakan bersama teh panas atau kopi panas. Ia merupakan 'all time favorit' kuih melayu di Malaysia secara amnya. 

Disini disertakan resipi kuih keria yang menggunakan kentang sebagai bahan utama menggantikan keledek manis. Selamat mencuba.

Resipi Kuih Keria Kentang:

600 gm kentang (dikupas kulit)
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Cara:
  • Rebus kentang hingga empuk bersama garam.
  • Toskan kentang dan biarkan sejuk.
  • Lenyekkan kentang sampai hancur.
  • Adun kentang bersama tepung dan gula dan uli hingga sebati.
  • Buat bentuk seperti gelang.
  • Goreng sehingga masak.
  • Masak gula dan air dalam kuali yang lain
  • Didihkan gula sehingga pekat.
  • Masukkan kuih yang telah digoreng dan kacau sehingga rata.
  • Biarkan untuk seketika dan tutupkan api.



Sunday, December 8, 2013

Roti Bun Coklat (Chocolate Bun)

Alhamdulillah. Harini sempat another version of bun iaitu bun coklat. Pandan dah, cappucino pun sudah so skrg bun coklat plak. Saja nak share dengan anda semua hasil roti harini. Sila jamu mata ye.



Roti Jala & Kari Ayam (Thin Net Pancake with Chicken Curry)

Sarapan pagi ini. Roti Jala serta Kari Ayam. Mari makan.


Resipi seperti berikut:

Bahan:
  1. 150gm atau 1 cawan tepung gandum
  2. 1biji telur (Grade C)
  3. 150ml air
  4. 150ml santan (kalau suka lemak) atau boleh guna susu segar utk lebih sihat
  5. 3 sudu mentega cair
  6. Secubit garam
  7. Secubit serbuk kunyit
Cara:

  1. Masukkan susu, air, telur, garam dan kunyit ke dalam blender dan blend seketika dan kemudian masukkan tepung dan blend lagi sehingga sebati. Tapiskan adunan dan masukkan ke dalam acuan roti jala.
  2. Panaskan kuali leper, atau non stick pan dan sapu sedikit minyak rata ke atas kuali leper.
  3. Kiraikan di atas kuali leper. Apabila roti kelihatan kekuningan dan agak garing boleh gulung dan hidangkan.

Kari Ayam lagi....(Chicken Curry Again)

Alhamdulillah. Malam tadi sempat juga masak kari ayam. Tapi kali ni beza dia cuba rempah baru keluaran Faiza. Raja kari. Rasa dia boleh tahan dan agak pedas dari rempah kari biasa. Selalu pakai rempah Adabi dan Baba's. Tapi apa2 pun rasa tak menghampakan seperti ada beberapa brand rempah lain2 yang tak perlu saya sebut disini. Mungkin bagi anda ia sedap. Tapi bagi kami ia tidak menepati citarasa. Hehe. Lain orang lain pendapat kan.Tapi apa2 pun masak mestilah dengan niat kerana Allah dan seikhlas mungkin. Masak dengan sepenuh hati. Buat yang terbaik insya Allah pasti orang akan terima masakan kita.


Resipi Kari Ayam Mudah Tanpa Santan:

500gm ayam yg telah dipotong
5 biji kentang (dibelah 4)

Rempah Tumis:
1 kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
Daun kari

Bahan Kisar:
10 tangkai cili hijau (boleh tambah atau kurang ikut pedas)
1 sudu besar ketumbar biji
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
1 labu bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia

Rempah kari  (saya selalu tambah satu peket kari daging Adabi dan satu peket kari daging Baba's tambah air dan jadikan pes) *Rahsia kari ayam enak.

4 cawan minyak untuk menumis
1 sudu besar pes asam jawa ( tambah air anggaran 2 cawan)
Garam dan gula secukup rasa.

Cara:

Kisar cili hijau, ketumbar,jintan,bawang besar dan putih serta halia.

Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari hingga naik bau.

Masukkan bahan kisar tadi dan tumis hingga wangi. Masukkan pes kari tadi dan tumis hingga terbit minyak.

Masukkan ayam dan kentang dan gaulkan sebati dengan rempah tadi. Biarkan sebentar sambil kaup balik.

Kemudian masukkan air asam jawa tadi dan biarkan hingga mendidih atau sehingga ayam dan kentang empuk.

Masukkan garam dan gula secukupnya.

Siap untuk dihidang.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila comment di bawah.

Selamat mencuba.






Thursday, December 5, 2013

Marmer Cake aka Kek Marble

Alhamdulillah. Sempat juga buat kek Marble arini. Ingat lagi masa mula2 ada oven sendiri. Buat kek ni tgk dalam oven naik cantik dan sempurna. Bila dah keluarkan dari oven terus dia kuncup. Adeh..sebbek rasa dia masih ada masa tu, takdela buang. Sempat la dijamah sedara mara masa raya. Hehe. Sungguhnya pengalaman banyak mengajar kita supaya menjadi lebih teliti dan matang. Tak semestinya kita tak pernah buat sesuatu benda tu kita tak boleh buat. Yang penting dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Insya Allah.


Wednesday, November 27, 2013

Monday, November 25, 2013

My Roti Pandan :) (Screwpine Bun)

Alhamdulillah siap gak my roti pandan. Guna resipi yang guna water roux. hasil lembut dan sedap.


Sunday, November 17, 2013

Gulai Ikan Tongkol Ala Kelantan

Percubaan pertama masak Gulai ikan tongkol. Tapi guna serbuk kari daging memandangkan stok kari ikan takde kat umah. Tapi kalau ikut2 resipi sebenar perlu guna serbuk gulai. Since we're not from east coast states. Hardly to find such thing here. Unless kena oder from friends yang balik kg. Hehe. Maybe some other time.


Bihun Goreng. Voila!

Mari-mari makan bihun ni. Yummo!


Resipi Bihun Goreng Ringkas

Bahan:

1 biji bawang besar (kisar sekali)
4 ulas bawang putih (kisar sekali)
20 biji cili padi (kisar sekali)

5 sudu besar sos tiram
4 sudu besar serbuk lada putih/hitam

200gm daging/ayam atau boleh digantikan dengan 2 keping daging burger yang dihancurkan

Seikat sayur sawi (Dihiris)
daun bawang dan daun sup (Dihiris)

1 peket bihun (rendam sebentar untuk bagi lembut)



Cara:


  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi hingga bau wangi
  • Masukkan daging/ayam/burger tadi dan masak hingga empuk.
  • Kemudian masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam/lada putih tadi dan gaul hingga sebati.
  • Toskan bihun direndam tadi dan masukkan dalam kuali.
  • Masukkan sayur sawi, daun bawang dan sup tadi.
  • Siap.Selamat makan.

Tuesday, November 5, 2013

Resipi Doh asas untuk Roti Manis ( Basic Bread Dough Recipe for Sweet Bun)

Bahan  A

350gm  Tepung Protein tinggi  (Tepung Roti)
1/2  sudu  teh garam  halus
25  gm  susu tepung
50 gm  gula  pasir  halus

Bahan B

30 gm telur  (sebiji  telur  gred  B)
200 gm  air sejuk
6  gm serbuk yis segera  (Mauripan  pun  boleh)

Bahan C

30 gm mentega/marjerin

Cara-cara

1.  Campurkann bahan  A  dalam mangkuk pengadun.
2.  Campurkan bahan B dan  gaul  sebati.  Tuangkan dalam  mangkuk  pengadun dan gaul sehingga  adunan membulat  dan tidak melekat pada mangkuk.  Masukkan bahan C.
3.  Uli  dan  adun  lagi  hingga doh membulat , berkilat  dan elastik. Rehatkan dalam  45  minit dalam  bekas  yang  bertutup  sehingga doh  naik sekali  ganda.
4.  Bahagikan doh  seberat  50 gm  dan  bulatkan.
5.  Rehatkan sebentar  10-15  minit.
6. Bentukkan  atau  isikan dengan inti yang digemari. Letakkan di atas dulang  pembakar  yang digris terlebih dahulu dan  biarkan naik sekali ganda.
7. Sapukan 'egg wash/glaze' di atas  roti dan  bakar pada suhu  180 Deg C selama  12-15 minit  atau sehingga masak.

Selamat  Mencuba  dan  Semoga  berjaya dengan resipi  ini.

Double Chocolate Chips Muffin

I managed to bake double choc chip muffin today and the result is great. Refer to the image below. Let's eat 'em.




Roti lagi

Nilah antara roti yang dibuat malam tadi. Gebus juga hasil dia. Enak gak. Tak menyesal g kelas kat Kolej Komuniti Kuala Langat tu. Alhamdulillah. Sila jamu mata ye.


Friday, November 1, 2013

Fondant

Ni hasil belajar kelas fondant kali ke dua. Tapi kali ni two tiered cakes. Hasil tak berapa kemas dan menarik. Perlu lebih lagi latihan utk memperkemas apa yang patut. :)



Tuesday, October 22, 2013

Roti Buatan Sendiri (Home Made Bread)

Ni roti buat sendiri kat umah lepas gi kelas roti. Alhamdulillah dah pandai wat roti sket sket. Perlu polish lagi skill utk jadi lebih baik. Insya Allah.


Japanese Cotton Cheesecake

My first attempt to make Japanese Cotton Cheesecake. The result was not so bad after all. Some credit from colleagues on the taste. Thanks for the compliments. Even though, the look is not that decent but the taste is good.



Kek Tempahan Pelanggan (Red Velvet Cake with Cream cheese)

Ni salah satu kek tempahan pelanggan sempena Hari Lahir 'hubby' nya. Sila jamu mata. :)


My Kaswi Lemak Pandan

Ni dia Kuih kaswi/kosui pandan. Sedap tak?


Kek Hiasan Buttercream

Ni hasil kelas hiasan kek menggunakan buttercream. Ok tak?



Kek Fondant Bernombor

Ni la dia hasil belajar buat kek hiasan Fondant di KKLA. Masa kelas ada kena buat nombor 1,2 dan 3. Kumpulan kami kena buat nombor 1. Nilah hasil kerja tangan saya. Ok tak? First time buat fondant for topping utk cake. Alhamdulillah menjadi gak. Agak sukar nak buat fondant ni. Sebab tu kek ni mahal. Ada pehem. Hehe.


Pizza (19 Oktober 2013)

Alhamdulillah. Kita bersua lagi. Nak citer sket pasal piza ni. Last wiken ada attend kelas kelolaan Kolej Komuniti Kuala Langat. Dengan yuran RM5 anda boleh master buat piza. Yummo!

Haritu ada belajar buat piza Hawaiian Chicken, Beefaganza and Seafood Supreme. Itu bahan2 asas untuk setiap piza.

Pizza pertama yang kami buat Piza Hawaiian Chicken. Terdiri daripada ayam, capsicum, nenas, cendawan, mozarella cheese dan bawang holland.

Piza kedua Beefaganza. Yang ni main dia daging cincang, capsicum, cendawan, mozarella cheese dan bawang holland.

Yang ketiga Seafood Supreme diperbuat dari crabstick, capsicum, mozarella cheese, nenas dan bawang holland.

Pertama kami buat doh piza dulu. Pastu kena biarkan dia kembang. Sementara tu buat dia punya sos dia.

Voila! Ni la salah satu hasil dia.


Monday, January 28, 2013

My very own Pavlova

My first attempt to bake a Pavlova and it's the result is not that bad. Hihi. Only two kind of fruits used. Since I'm unable to find the strawberries at TESCO. Sold out. Pheww. Perhaps the presentation quite dull since the colors made of white green and dark blue.


Tuesday, January 8, 2013

Mashed Potatoes and Gravy Recipe

Ingredients:

Potatoes (Any kind)
2 sticks Celery (Minced)
1 holland onion (Minced)
50g fresh milk
2 chicken cubes
20 grams butter
 1 tablespoon All purpose flour
1 tablespoon tomato ketchup
1 tablespoon oyster sauce
1 teaspoon dark soy sauce
Salt to taste
Pepper
Water

Method:

Peel off the skin and boil the potatoes until tender
Mashed the potatoes.
Mix the mashed potatoes with milk and add some salt.



Chicken stock:
In a saucepan, boil the minced celery and onion.
Put in the chicken cubes and bring to boil.
Simmer for a while.

Gravy:
Heat butter till it melts, add in the flour ans stir well over low heat.
Add in the chicken stocks gradually and bring to boil.
Mix in the rest of the ingredients and simmer until gravy is thick.



Sunday, January 6, 2013

Lady in Red?


This is the red velvet cake ordered by our customer today. Manage to complete it on time. Hope they like it.

My Sizzling Yee Mee Recipe

Ingredients:

5 clove of garlic (minced)
1 inch ginger (minced)
5 pieces of chicken (any parts)
10 tablespoon of oyster sauce
4 tablespoon dark soy sauce
3 tablespoon light soy sauce
2 teaspoon white vinegar
3 teaspoon sesame oil
3 tablespoon corn flour
4 cups of water
Dried Shitake mushroom (Soak and cut)
Yee Mee (soak in hot water and toss)

Method:


  • Preheat the oil in the saucepot. Put in the minced garlic and ginger and stir for a while.
  • Put in the chickens and let it cook for about 10 minutes.
  • Pour in the oyster sauce, dark and light soy sauce and stir for a while.
  • Pour in the water and stir it until it is well mixed.
  • Put in the vinegar and sesame oil and stir.
  • Put in the soaked mushrooms.
  • Let it cook for about 15-20 minutes.
  • Ready to eat. 



Menu of the day: Sizzling Yee Mee

Today's menu is Sizzling Yee Mee. This cuisine is quite famous for us in Malaysia. So let's cook it for today's lunch. The photos will be attached to this post as well. Stay tuned.

Voila! My Sizzling Yee Mee (without the sizzling pan) ready to eat. Lets eat em.




Thursday, January 3, 2013

Litter Bug!

Hey Malaysians! It's your responsibility to throw your litters to bins allocated. Shame on you LitterBugs!

Kota Bharu 2010

It was three years ago and only today I manage to compile the pictures taken during the trip to Bachok and Kota Bharu in 2010. Nonetheless I like to share my memories with all my blog readers. Beaux souvenirs. 


My Honeycomb Cake


Tuesday, January 1, 2013

Coffee with Oreo Butter Cake


Jan 1st, 2013 the first cake I baked for the year is the Coffee with Oreo Butter cake. Let's taste it. Bon appetit!

Happy New Year 2013!


Wishing all of you a Happy New Year 2013. Hopefully all your wishes come true this year ahead.  Bonne Chance!

Trip to Bukit Malawati, Kuala Selangor (Jalan-jalan di Bukit Malawati, Kuala Selangor)




These are some photos taken from our family trip to Kuala Selangor. A historical place to visit when you're in Selangor. You can greet the monkeys too. They are cute and quite friendly. There are two kind of monkeys here. Please behave yourself and do not litter anywhere you go. Please find a garbage bin to throw your garbage.