Sunday, December 8, 2013

Kari Ayam lagi....(Chicken Curry Again)

Alhamdulillah. Malam tadi sempat juga masak kari ayam. Tapi kali ni beza dia cuba rempah baru keluaran Faiza. Raja kari. Rasa dia boleh tahan dan agak pedas dari rempah kari biasa. Selalu pakai rempah Adabi dan Baba's. Tapi apa2 pun rasa tak menghampakan seperti ada beberapa brand rempah lain2 yang tak perlu saya sebut disini. Mungkin bagi anda ia sedap. Tapi bagi kami ia tidak menepati citarasa. Hehe. Lain orang lain pendapat kan.Tapi apa2 pun masak mestilah dengan niat kerana Allah dan seikhlas mungkin. Masak dengan sepenuh hati. Buat yang terbaik insya Allah pasti orang akan terima masakan kita.


Resipi Kari Ayam Mudah Tanpa Santan:

500gm ayam yg telah dipotong
5 biji kentang (dibelah 4)

Rempah Tumis:
1 kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
Daun kari

Bahan Kisar:
10 tangkai cili hijau (boleh tambah atau kurang ikut pedas)
1 sudu besar ketumbar biji
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
1 labu bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia

Rempah kari  (saya selalu tambah satu peket kari daging Adabi dan satu peket kari daging Baba's tambah air dan jadikan pes) *Rahsia kari ayam enak.

4 cawan minyak untuk menumis
1 sudu besar pes asam jawa ( tambah air anggaran 2 cawan)
Garam dan gula secukup rasa.

Cara:

Kisar cili hijau, ketumbar,jintan,bawang besar dan putih serta halia.

Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari hingga naik bau.

Masukkan bahan kisar tadi dan tumis hingga wangi. Masukkan pes kari tadi dan tumis hingga terbit minyak.

Masukkan ayam dan kentang dan gaulkan sebati dengan rempah tadi. Biarkan sebentar sambil kaup balik.

Kemudian masukkan air asam jawa tadi dan biarkan hingga mendidih atau sehingga ayam dan kentang empuk.

Masukkan garam dan gula secukupnya.

Siap untuk dihidang.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila comment di bawah.

Selamat mencuba.






0 comments:

Post a Comment