Friday, December 13, 2013

Apa itu Kuih Keria? (Traditional Malaysian Doughnut)



Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:  kuih yg dibuat drpd keledek yg dilumatkan dan dicampur tepung gandum (kemudiannya digoreng dan disira dgn gula).


Kuih ini boleh diperbuat daripada keledek atau kentang. Ianya sesuai disajikan sebagai makanan ringan atau snek pada waktu pagi atau petang. Enak jika dimakan bersama teh panas atau kopi panas. Ia merupakan 'all time favorit' kuih melayu di Malaysia secara amnya. 

Disini disertakan resipi kuih keria yang menggunakan kentang sebagai bahan utama menggantikan keledek manis. Selamat mencuba.

Resipi Kuih Keria Kentang:

600 gm kentang (dikupas kulit)
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Cara:
  • Rebus kentang hingga empuk bersama garam.
  • Toskan kentang dan biarkan sejuk.
  • Lenyekkan kentang sampai hancur.
  • Adun kentang bersama tepung dan gula dan uli hingga sebati.
  • Buat bentuk seperti gelang.
  • Goreng sehingga masak.
  • Masak gula dan air dalam kuali yang lain
  • Didihkan gula sehingga pekat.
  • Masukkan kuih yang telah digoreng dan kacau sehingga rata.
  • Biarkan untuk seketika dan tutupkan api.



Sunday, December 8, 2013

Roti Bun Coklat (Chocolate Bun)

Alhamdulillah. Harini sempat another version of bun iaitu bun coklat. Pandan dah, cappucino pun sudah so skrg bun coklat plak. Saja nak share dengan anda semua hasil roti harini. Sila jamu mata ye.



Roti Jala & Kari Ayam (Thin Net Pancake with Chicken Curry)

Sarapan pagi ini. Roti Jala serta Kari Ayam. Mari makan.


Resipi seperti berikut:

Bahan:
  1. 150gm atau 1 cawan tepung gandum
  2. 1biji telur (Grade C)
  3. 150ml air
  4. 150ml santan (kalau suka lemak) atau boleh guna susu segar utk lebih sihat
  5. 3 sudu mentega cair
  6. Secubit garam
  7. Secubit serbuk kunyit
Cara:

  1. Masukkan susu, air, telur, garam dan kunyit ke dalam blender dan blend seketika dan kemudian masukkan tepung dan blend lagi sehingga sebati. Tapiskan adunan dan masukkan ke dalam acuan roti jala.
  2. Panaskan kuali leper, atau non stick pan dan sapu sedikit minyak rata ke atas kuali leper.
  3. Kiraikan di atas kuali leper. Apabila roti kelihatan kekuningan dan agak garing boleh gulung dan hidangkan.

Kari Ayam lagi....(Chicken Curry Again)

Alhamdulillah. Malam tadi sempat juga masak kari ayam. Tapi kali ni beza dia cuba rempah baru keluaran Faiza. Raja kari. Rasa dia boleh tahan dan agak pedas dari rempah kari biasa. Selalu pakai rempah Adabi dan Baba's. Tapi apa2 pun rasa tak menghampakan seperti ada beberapa brand rempah lain2 yang tak perlu saya sebut disini. Mungkin bagi anda ia sedap. Tapi bagi kami ia tidak menepati citarasa. Hehe. Lain orang lain pendapat kan.Tapi apa2 pun masak mestilah dengan niat kerana Allah dan seikhlas mungkin. Masak dengan sepenuh hati. Buat yang terbaik insya Allah pasti orang akan terima masakan kita.


Resipi Kari Ayam Mudah Tanpa Santan:

500gm ayam yg telah dipotong
5 biji kentang (dibelah 4)

Rempah Tumis:
1 kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
Daun kari

Bahan Kisar:
10 tangkai cili hijau (boleh tambah atau kurang ikut pedas)
1 sudu besar ketumbar biji
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
1 labu bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia

Rempah kari  (saya selalu tambah satu peket kari daging Adabi dan satu peket kari daging Baba's tambah air dan jadikan pes) *Rahsia kari ayam enak.

4 cawan minyak untuk menumis
1 sudu besar pes asam jawa ( tambah air anggaran 2 cawan)
Garam dan gula secukup rasa.

Cara:

Kisar cili hijau, ketumbar,jintan,bawang besar dan putih serta halia.

Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari hingga naik bau.

Masukkan bahan kisar tadi dan tumis hingga wangi. Masukkan pes kari tadi dan tumis hingga terbit minyak.

Masukkan ayam dan kentang dan gaulkan sebati dengan rempah tadi. Biarkan sebentar sambil kaup balik.

Kemudian masukkan air asam jawa tadi dan biarkan hingga mendidih atau sehingga ayam dan kentang empuk.

Masukkan garam dan gula secukupnya.

Siap untuk dihidang.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila comment di bawah.

Selamat mencuba.






Thursday, December 5, 2013

Marmer Cake aka Kek Marble

Alhamdulillah. Sempat juga buat kek Marble arini. Ingat lagi masa mula2 ada oven sendiri. Buat kek ni tgk dalam oven naik cantik dan sempurna. Bila dah keluarkan dari oven terus dia kuncup. Adeh..sebbek rasa dia masih ada masa tu, takdela buang. Sempat la dijamah sedara mara masa raya. Hehe. Sungguhnya pengalaman banyak mengajar kita supaya menjadi lebih teliti dan matang. Tak semestinya kita tak pernah buat sesuatu benda tu kita tak boleh buat. Yang penting dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Insya Allah.