Wednesday, November 27, 2013

My own Petals Tart aka Blossom Tart

Tart Nenas versi kami. Suka tak? Macam comel je. Macam cantik je. Hehehe.



Pretzel Homemade

Ni first attempt buat pretzel. Alhamdulillah menjadi jugak. ;). Tak perlu belanja lebih lagi bli kat luar. Dijamin halal.


Mix Fruit Muffin

Ni dia  Muffin Buah Campuran. Yummo. Jom  makan.


My Roti Cappucino (Cappucino Bun)

Nah. Another variety of bun with the flavor of  Cappucino. Nak?


Monday, November 25, 2013

My Roti Pandan :) (Screwpine Bun)

Alhamdulillah siap gak my roti pandan. Guna resipi yang guna water roux. hasil lembut dan sedap.


Sunday, November 17, 2013

Gulai Ikan Tongkol Ala Kelantan

Percubaan pertama masak Gulai ikan tongkol. Tapi guna serbuk kari daging memandangkan stok kari ikan takde kat umah. Tapi kalau ikut2 resipi sebenar perlu guna serbuk gulai. Since we're not from east coast states. Hardly to find such thing here. Unless kena oder from friends yang balik kg. Hehe. Maybe some other time.


Bihun Goreng. Voila!

Mari-mari makan bihun ni. Yummo!


Resipi Bihun Goreng Ringkas

Bahan:

1 biji bawang besar (kisar sekali)
4 ulas bawang putih (kisar sekali)
20 biji cili padi (kisar sekali)

5 sudu besar sos tiram
4 sudu besar serbuk lada putih/hitam

200gm daging/ayam atau boleh digantikan dengan 2 keping daging burger yang dihancurkan

Seikat sayur sawi (Dihiris)
daun bawang dan daun sup (Dihiris)

1 peket bihun (rendam sebentar untuk bagi lembut)



Cara:


  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi hingga bau wangi
  • Masukkan daging/ayam/burger tadi dan masak hingga empuk.
  • Kemudian masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam/lada putih tadi dan gaul hingga sebati.
  • Toskan bihun direndam tadi dan masukkan dalam kuali.
  • Masukkan sayur sawi, daun bawang dan sup tadi.
  • Siap.Selamat makan.

Tuesday, November 5, 2013

Resipi Doh asas untuk Roti Manis ( Basic Bread Dough Recipe for Sweet Bun)

Bahan  A

350gm  Tepung Protein tinggi  (Tepung Roti)
1/2  sudu  teh garam  halus
25  gm  susu tepung
50 gm  gula  pasir  halus

Bahan B

30 gm telur  (sebiji  telur  gred  B)
200 gm  air sejuk
6  gm serbuk yis segera  (Mauripan  pun  boleh)

Bahan C

30 gm mentega/marjerin

Cara-cara

1.  Campurkann bahan  A  dalam mangkuk pengadun.
2.  Campurkan bahan B dan  gaul  sebati.  Tuangkan dalam  mangkuk  pengadun dan gaul sehingga  adunan membulat  dan tidak melekat pada mangkuk.  Masukkan bahan C.
3.  Uli  dan  adun  lagi  hingga doh membulat , berkilat  dan elastik. Rehatkan dalam  45  minit dalam  bekas  yang  bertutup  sehingga doh  naik sekali  ganda.
4.  Bahagikan doh  seberat  50 gm  dan  bulatkan.
5.  Rehatkan sebentar  10-15  minit.
6. Bentukkan  atau  isikan dengan inti yang digemari. Letakkan di atas dulang  pembakar  yang digris terlebih dahulu dan  biarkan naik sekali ganda.
7. Sapukan 'egg wash/glaze' di atas  roti dan  bakar pada suhu  180 Deg C selama  12-15 minit  atau sehingga masak.

Selamat  Mencuba  dan  Semoga  berjaya dengan resipi  ini.

Double Chocolate Chips Muffin

I managed to bake double choc chip muffin today and the result is great. Refer to the image below. Let's eat 'em.




Roti lagi

Nilah antara roti yang dibuat malam tadi. Gebus juga hasil dia. Enak gak. Tak menyesal g kelas kat Kolej Komuniti Kuala Langat tu. Alhamdulillah. Sila jamu mata ye.


Friday, November 1, 2013

Fondant

Ni hasil belajar kelas fondant kali ke dua. Tapi kali ni two tiered cakes. Hasil tak berapa kemas dan menarik. Perlu lebih lagi latihan utk memperkemas apa yang patut. :)